"Kau dulu, umur dua bulan mak dah bagi pisang bakar, bubur nasi..elok je kau membesar." "Cuba bagi air kanji kat anak tu, mesti lepas ni tidur lena"
Those dialogues sound familiar right? Itu antara perbualan ibu-ibu 'dulu' yang merujuk kepada situasi dan pengalaman mereka pada tahun 80-an. Waktu itu strategi pemasaran bagi susu formula dan makanan bayi dalam tin atau jar betul-betul agresif! Sehingga membuatkan orang
seolah-olah sudah tidak percaya kepada kebaikan penyusuan susu ibu secara eksklusif.
Yang lebih merisaukan, pada zaman di mana maklumat berada di hujung jari, masih ramai ibu-ibu 'baru' yang percaya bayi sepatutnye diberikan makanan pejal lebih awal. Ibu-ibu ini percaya bahawa susu mereka sudah tidak memadai untuk mengenyangkan dan membuatkan bayi ini membesar dengan sihat.
Ada beberapa tanda yang membuatkan kita
'merasakan' bayi kita sudah boleh mula diberikan makanan pejal, walaupun dia belum pon mencecah usia 6 bulan (seperti saranan WHO).
1. Berjaga di waktu malamKesukaran bayi untuk tidur lena di waktu malam membuatkan ada di antara kita fikir yang bayi itu lapar. Maka dengan memberikan makanan pejal, diharapkan bayi itu akan kenyang dan akan tidur sepanjang malam tanpa perlu bangun untuk disusukan.
Sebenarnya, bayi di bawah usia enam bulan sekiranya disusukan setiap kali ada permintaan (
feed on demand), ia sudah memadai dan terbaik untuk membuatkan bayi kenyang. Bukan kah bayi juga manusia seperti kita yang punyai perlbagai ragam? Banyak lagi sebab-sebab lain yang membuatkan bayi sukar tidur di waktu malam.
2. Berat badan tidak naikKita biasanya akan mudah panik bila berat bayi tidak ada peningkatan seperti yang dijangkakan. Lebih-lebih lagi bila graf tumbesaran sudah mula mencecah garisan kuning. Atas nasihat orang sekeliling, bayi yang baru berusia tiga bulan sudah diberikan bijirin bayi dalam tin supaya bayinya akan lebih besar dan gemuk serta 'comel & montel' seperti anak-anak orang lain.
Hakikatnya, kajian menunjukkan adalah normal (khususnya bagi bayi yang diberikan susu ibu) apabila berat badan agak perlahan peningkatannya ketika di usia empat bulan (blh rujuk
sini).
3. Tidak puas menyusuTiba-tiba bayi kelihatan tak puas disusukan. Bayi mungkin minta disusukan hampir setiap jam atau kurang daripada sejam, atau bekalan EBM yang dihantar kepada pengasuh tiba-tiba jadi tak cukup.
Tahukah anda, itulah namanya
growth spurt. Biasanya berlaku ketika usia bayi 2-3 minggu, 4-6 minggu, 3 bulan dan 4 bulan (bagi kes bayi kurang dari 6 bulan).
Bukan tandanya bayi itu sudah boleh mula diberikan makanan pejal. Teruskan penyusuan mengikut permintaan bayi. Itu sudah betul-betul cukup untuk keperluan tumbesaran bagi bayi di bawah usia 6 bulan.
4. Meniru aksi mengunyahBermula lebih kurang di usia 4 bulan, melihat aksi ahli keluarga dan orang sekeliling adalah sesuatu yang menakjubkan bagi mana-mana bayi sekali pun. Meniru aksi-aksi kita adalah sesuatu yang normal, termasuklah meniru aksi kite mengunyah atau menggerak-gerakkan bibir. Tapi itu bukanlah bermakna bayi ini sudah wajar diberi makanan pejal.
5. Tidak tidur selepas disusukanKeadaan ini membuatkan ibubapa atau penjaga/pengasuh menganggap susu yang diberikan tidak lagi mencukupi untuk menidurkan bayi.
Tapi sedarkah kita tatkala usia bayi semakin meningkat (lebih kurang 4 bulan), bayi sebenarnya sudah semakin
alert dan semakin teruja memberi reaksi kepada keadaan sekeliling? Sebab itu semakin ia membesar, semakin kurang waktu tidurnya!
6. Saiz bayi yang besarBayi yang bersaiz lebih besar berbanding bayi-bayi lain yang seusianya tidak bermakna sistem penghadaman dan pencernaan serta sistem imunitinya sudah lebih matang! Mungkin bayi ini besar kerana faktor genetik, atau kesan dari
growth spurt, atau
over-feeding bagi bayi yang dberikan susu formula. Maka bayi bersaiz besar tidak bermakna dia sudah memerlukan makanan pejal untuk menampung tumbesarannya yang
extra itu.
Itu antara
false sign terhadap kesediaan bayi kepada makanan pejal. Maka, buatlah pemerhatian dan keputusan yang bijak.
Avoid to quickly jump into a conclusion. Make an informed decision. :)