Wednesday, June 29, 2011

Kenapa Lampin Kain Moden lebih mesra alam?


1. Bayi & kanak-kanak berusia sehingga 2.5 tahun dianggarkan menggunakan hampir 6300 keping lampin pakai buang. Itu hanya untuk seorang anak. Ibu bapa di Malaysia dianggarkan mempunyai 3 orang anak. Jadi dapatkah anda bayangkan betapa banyaknya lampin pakai buang yang terpaksa dimuatkan di pusat pelupusan sampah?

2. Sememangnya LAMPIN KAIN MODEN perlu dibasuh hampir setiap 2-3 hari. Namun pengendalian LAMPIN KAIN MODEN cukup alami kerana untuk mencucinya, anda hanya memerlukan ¼ sehingga ½ daripada jumlah sabun yang disyorkan. LAMPIN KAIN MODEN juga tidak perlukan PELUNTUR, PEMUTIH, PEWANGI dan PELEMBUT yang mana mungkin memberi kesan negatif kepada kesihatan dan juga alam sekitar.

3. Kita di Malaysia sangat beruntung kerana menerima pancaran cahaya matahari sepanjang tahun. Cahaya matahari merupakan PELUNTUR ALAMI dan anda tidak memerlukan mesin pengering (dryer) untuk mengeringkan LAMPIN KAIN MODEN. Bila tenaga elektrik dapat dijimatkan, penggunaan sumber asli juga dapat diminimumkan.

4. Satu laporan dari Landbank Consultancy 1991, penghasilan lampin pakai buang menggunakan 20 kali ganda bahan mentah dan 3 kali ganda tenaga berbanding LAMPIN KAIN MODEN.

Pilihan BIJAK di tangan anda!

0 comments:

Post a Comment

 

©2009 Moms Basic | by TNB