Friday, November 8, 2013

Pelan Tabungan @ MomsBasic

Moms Basic menawarkan Pelan Tabungan untuk ahli MBPremium yang ingin membuat bayaran secara ansuran tanpa faedah (riba’) bagi pakej berikut:

i) Pakej breastpump - Pakej hendaklah terdiri dari pam elektrik (beserta/tanpa set bag) yang bernilai sekurang-kurangnya RM500

ii) Pakej Cloth Diaper (lampin moden)
Nilai keseluruhan pakej mestilah sekurang-kurangnya RM300.  Nilai bagi cloth diaper (tidak termasuk aksesori) mestilah sekurang-kurangnya RM250

iii) Pakej Cloth Menstrual Pad - Nilai keseluruhan pakej mestilah sekurang-kurangnya RM300

TERMA & SYARAT:

  1. Pelan Tabungan ini hanya sah untuk tiga jenis pakej mengikut nilai RM yang telah ditentukan seperti di atas.
  2. Pelan Tabungan hanya sah untuk pelanggan yang berdaftar sebagai ahli MBPremium.
  3. Nilai bagi setiap pakej adalah mengikut harga semasa untuk ahli MBPremium.
  4. Tiada Nilai Mata akan dikumpul untuk mana-mana pakej bagi Pelan Tabungan.
  5. RM15.00 (tidak dipulangkan) akan dicaj sebagai caj pengurusan bagi mana-mana pakej yang dipilih.
  6. Pelanggan hanya perlu membuat TIGA kali bayaran, dan pecahan bayaran adalah seperti dinyatakan di bawah.
  7. Caj pos (sekiranya berkenaan) adalah ditanggung oleh pelanggan dan tertakluk kepada kadar & tarif semasa.
  8. Pakej lengkap akan diberikan kepada pelanggan SELEPAS Moms Basic menerima Bayaran Ketiga. Tiada mana-mana item dari pakej dibenarkan diambil dahulu oleh pelanggan pada peringkat ini.
  9. Sebaik sahaja Moms Basic menerima Bayaran Kedua, pakej yang dipilih akan terus direserve. Moms Basic bertanggungjawab untuk memastikan semua item berada di dalam stok.
  10. Semua bayaran boleh dibuat di Moms Basic atau secara online. Pelanggan yang membuat bayaran secara online mestilah menghantar bukti bayaran ke sales.momsbasic@gmail.com

a.     Bayaran Pertama
       40% dari nilai total pakej & Caj Pengurusan bernilai RM15.0
       Pelanggan berhak menarik diri dalam masa 14 hari dari tarikh Bayaran Pertama diterima dan bayaran yang telah dibuat akan dipulangkan 100%.  
b.     
      Bayaran Kedua: 
      30% dari nilai total pakej
      Bayaran diterima sebagai bayaran pengesahan pakej. Tiada pembatalan dibenarkan pada waktu ini.
c.     
          Bayaran Ketiga
       30% dari nilai total pakej
Bayaran dibuat semasa pelanggan mengambil pakej yang ditempah di Moms Basic atau sebelum pakej dipos (atas permintaan pelanggan).

Jika berminat, sila email ke sales.momsbasic@gmail.com

Terima kasih :) 

0 comments:

Post a Comment

 

©2009 Moms Basic | by TNB